Musim sejuk
Musim sejuk

Musim sejuk

Musim sejuk (musim dingin atau musim salji; Bahasa Inggeris: Winter) ialah satu daripada empat musim di zon beriklim sederhana. Kalendar Barat mengikut kefahaman astronomi dan menyatakan bahawa musim sejuk bermula pada solstis musim sejuk dan berakhir pada ekuinoks musim bunga. Jika dihitung secara meteorologi, musim sejuk bermula dan tamat lebih awal daripada tarikh-tarikh tersebut (biasanya pada permulaan bulan yang ada ekuinoks atau solstis berkenaan) dan merupakan musim yang paling singkat waktu siangnya dan paling rendah suhunya. Apa-apapun, musim sejuk menampakkan cuaca sejuk dan, terutamanya di latitud atau altitud lebih tinggi, salji dan ais. Suhu purata terendah pada musim ini biasanya dialami pada bulan Januari di Hemisfera Utara sementara di Hemisfera Selatan pula pada bulan Julai.